HIKAYAT 1001 MACAM MAHLIGAI 5 SAINS AKAUN 2010
Pada zaman kerajaan kayangan,terhikayatlah (bukan hikayat putera syazlan yea)sebuah mahligai yang telah ditakdirkan dibina di ceruk rantau kebenuaan Ahmad Shah Mahligai ini dibina di tempat ' strategik 'iaitu di langit keempat (penat oden naek tangga nich ) .Mahligai ini didiami oleh bidadara dan bidadari yang sememangnya hensem2 dan cantik jelita yang tidak dapat disangkal lagi kesasihannya .( ada bantahan ?)
Mahligai ini berpermaisurikan Puan Chithra yang sememangnya tegas dan 'caring ' dalam membina mahligai ini agar terkenal di mata dunia kayangan .Adapun mahligai ini diterajui oleh Puteri Sharina dengan arahan Puan Chithra .Puteri Sharina yang bertahi lalat dan sentiasa ketawa sana sini sampai merah pipinya itu dibantu Putera kedua iaitu Lee Yap Loong yang sentiasa berdating dengan dayang Hong Ke Pei di tempat duduk belakang .
Maka perlulah diperkenalkan lagi penghuni tetap mahligai ini iaitu bidadari Izzati yang dilantik sebagai penghulu bendahari mengutip cukai daripada para penghuni mahligai ini .Duit,duit,duit dan duit lagi .Terdapatlah pula pengawal kebersihan bagi bidadara dan bidadari di mahligai ini agar mereka senantiasa kelihatan anggun dan berseri-seri iaitu Pui Shyuan dan dua orang pengawal keceriaan iaitu bidadari Hong Ke Xin dan Sathia .
Mahligai ini juga dihuni oleh dua orang dayang yang sering beradu di balai seri ( mengantuk sebab malam-malam gayut dengan bf ) ketika permaisurinya sedang bertitah di hadapan iaitu dayang Syuhada dan Shahira .Berlainan sekali dengan dayang Husna ,Liana ,dan Dariah (say la ) yang memberikan sepenuh perhatian terhadap titah tersebut .Di singgahsana sambil menunggu permaisuri menghabiskan titahnya,dayang Amirna akan tersengih sendirian .Mungkin mahu menunjukkan lesung pipitnya yang tersangat dalam itu .
Menjaga pintu masuk laluan mahligai ini ialah hulubalang Radzi yang sentiasa tersengih-sengih seperti kerang busuk,senyum itu sedekah katanya ( banyak betul pahala yang hang dapat ).Besebelahan dengan hulubalang Radzi ialah dayang Keshini yang sentiasa bercita-cita menjadi pelakon terkenal untuk menggantikan heroin bollywood iaitu Khajol .Diterbangkan pula dengan hulubalang-hulubalang yang belot terhadap kerajaan ( kerana selalu buat masalah dalam kelas )iaitu Wai Yung,Chee Wai,Wai Hong,Suguthan dan Rafiuddin .( bila lagi na insaf ? )
Diperkenalkan lagi dengan hulubalang kesayangan yang sering membuat mahligai ini ceria dengan celoteh-celoteh mereka iaitu Fahim dan Aiman yang ala-ala kembar gitu serta Hazim yang menjadi pujaan dayang-dayang di dalam mahligai ini kerana gayanya ala lelaki idaman Malaya .Menurut tilikan Ahli Nujum Sakil yang sentiasa tidak dapat dikesan keberadaannya,akan lahir seorang puteri yang bernama Meera daripada pasangan Pavitra dengan suaminya ( budak kelas sebelah ) yang akan dibenci oleh penghuni mahligai ini kerana kepandaiannya .( bagi ilmu ckit )
Bertandang pula ke tempat bersemayam dayang yang paling tinggi ala model di mahligai ini ( pengganti Amber Chia )iaitu Suba dan juga dayang yang memiliki mulut yang manis (cikgu rohaida cakap )iaitu dayang Pooganeswary serta dayang yang kurang hormon perasaan iaitu dayang Lilian.Dayang-dayang ini merupakan dayang harapan mahligai ini dan mempunyai cita-cita yang tinggi sehingga mencecah langit nan biru . (ala...naik flight j ,air asia dah murah ).Di mahligai ini terdapat penghibur aka penyanyi yang boleh menggantikan raja pop Jamal Abdillah dengan suara ' merdunya '.Maka hulubalang Amer akan mendodoikan bidadara dan bidadari yang hendak beradu .
Dayang Yen Teng mempunyai wajah yang cantik dan tenungan yang tajam sehingga berjaya membuatkan bidadara yang lain terpegun melihatnya .Menurut dukun terkenal serta buah hati kepada Jonathan ini iaitu Xiao Wei,sesiapa yang terkena tenungan dayang Yen Teng tadi akan terasa jantungnya seolah-olah berdentum .Tapi dayang ini sudahpun dimiliki .
Maka tamatlah sudah Hikayat 1001 macam Sains Akaun ini .Penghuni mahligai ini mempunyai satu impian iaitu berjaya di dalam SPM .Akhir kalam,ampun dan maaf dipohoni andai kata terdapat perkara yang menyinggung atau menyepak perasaan bidadara dan bidadari mahligai ini.Anggaplah ini sebagai hiburan semata-mata sebelum kita meninggalkan mahligai yang serba indah ini .
Hasil nukilan : ketua tingkatan
copy je ...kant0i suda ..huhu..