Blogger Backgrounds

mY F0llower **

hye ... welc0me to my page ... law cke f0llow lerrr .... i'll follow u hahaha .... nice 2 meet u all ... n law na taw cter say ajin ajin lerrr singgh blog niyh k ...

Sabtu, 6 Ogos 2011

RamaDhan MubaraK



Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.



Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selasa, 12 Julai 2011

malam nisfu sya'aban

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Rabu, 15 Jun 2011

kenangan qu n dya


glitter-graphics.comglitter-graphics.comglitter-graphics.com

Setiap kejadian,pasty ada hikmahnya..

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,

Yang menciptakan segalaNya,

Yang menimpakan ujian,

Yang menjadikan sakit hatimu,

Yang membuatkan keinginanmu terhalang,

Serta

Menyusahkanmu pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalaNya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu derita hidumu,retaknya hatimu

tapi

mungkin itulah Dia mahukan kerna Dia tahu hati yang sebegini selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya

Rabu, 4 Mei 2011

3rti sebuah persahabatan

Teman ketawa ..

Bagaikan air di daun keladi ..

Walau tercurah tak berkesan ..,

Tapi ..

Sahabat sejati ..

Bagaikan air lalu walau dicincang ia tak mungkin putus ..

Tiada ungkapan perpisahan ..

Walau maut menjadi nokhtanya ..

Seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain ..

biarpun tanpa bayangannya ..

** KaTa kaTa MuTiara **

** PaSsiOn **

There are many things in life,

That will catch your eye,

But only a few will catch heart .

Pursue those .



** AiR MaTa **

Kadang kala,

Kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia .

&

Kadang kala,

Kita perlu bergembira bagi setitis air mata .



** Sebuah ujian **

Di sebalik kesulitan itu ada kemudahan .

Esok akan merekah bunga yang harum ,

Mengusir kesedihan .

Menjadi penghibur hati .. 

Ahad, 17 April 2011

m3m0rY scu0L **


Sungai Palas



Sungai Palas Tea Plantations



Smoke House




Nieyh la clazmate aq .. sbnanya ta ramai mne pwn .. ad dlm lbih krang 32 org j .. byak naik trun klaz .. ad stngah ta mnat subjct sains cm kimia n bio .. le msok klaz nieyh add math sty la kne amek .. ane ley ta amek .. ad uga xg da pndah .. cdiyh la uga clazmate sume pndah j .. mcam2 ragam bdak dlm klaz nieyh .. ad xg asyk dok bedating j at klaz .. tpi xg pliknya ta pnah kne tgkap pwn dgan ckgu .. ala ... bdak cine bse la .. huhu .. ad ga ske cgat lpak dpan pntu law ckgu ta msok klaz .. trutama ckgu fav ktorg ..ckgu add math .. bsing tol klaz ... dah la dok tngkat ats skali .. smpaikan k pjabat ckgu pn ley dgor .. haha .. da cam psa mlam da klaz bsingny .. xg pling bestny ..wkt PJ ... law sorg ckap na p tndas .. sume  ikot klua klaz .. alsnny mlas na PJ sbnanya .. byak la lgi glagat2 bdak2 .. law na ckp pn ta ckup ruang nieyh ... tpi ap2 pn ... syg cgat dgan diowg .. tpi rindu la time2 skola dlu .. rindu ngan klaz ... ckgu .. dlu ,time skola na keje .. le da dpt keje na skola blek ... ap la ... arap sume brjye n capai hasrat msing2 .. dpat pkrjaan xg baek xg ley mnjana mse dpan ..insyaallah lw ditakdirkn sume tuk brtemu lgi .. psty akn brtemu uga ...

ClaZmat3 2010* . . . 5 cek4L . .


HIKAYAT 1001 MACAM MAHLIGAI 5 SAINS AKAUN 2010

   Pada zaman kerajaan kayangan,terhikayatlah (bukan hikayat putera syazlan yea)sebuah mahligai yang telah ditakdirkan dibina di ceruk rantau kebenuaan Ahmad Shah Mahligai ini dibina di tempat ' strategik 'iaitu di langit keempat (penat oden naek tangga nich ) .Mahligai ini didiami oleh bidadara dan bidadari yang sememangnya hensem2 dan cantik jelita yang tidak dapat disangkal lagi kesasihannya .( ada bantahan ?) 

   Mahligai ini berpermaisurikan Puan Chithra yang sememangnya tegas dan 'caring ' dalam membina mahligai ini agar terkenal di mata dunia kayangan .Adapun mahligai ini diterajui oleh Puteri Sharina dengan arahan Puan Chithra .Puteri Sharina yang bertahi lalat dan sentiasa ketawa sana sini sampai merah pipinya itu dibantu Putera kedua iaitu  Lee Yap Loong yang sentiasa berdating dengan dayang Hong Ke Pei di tempat duduk belakang .

   Maka perlulah diperkenalkan lagi penghuni tetap mahligai ini iaitu bidadari Izzati yang dilantik sebagai penghulu bendahari mengutip cukai daripada para penghuni mahligai ini .Duit,duit,duit dan duit lagi .Terdapatlah pula pengawal kebersihan bagi bidadara dan bidadari di mahligai ini agar mereka senantiasa kelihatan anggun dan berseri-seri iaitu Pui Shyuan dan dua orang pengawal keceriaan iaitu bidadari Hong Ke Xin dan Sathia .

   Mahligai ini juga dihuni oleh dua orang dayang yang sering beradu di balai seri ( mengantuk sebab malam-malam gayut dengan bf ) ketika permaisurinya sedang bertitah di hadapan iaitu dayang Syuhada dan Shahira .Berlainan sekali dengan dayang Husna ,Liana ,dan Dariah (say la ) yang memberikan sepenuh perhatian terhadap titah tersebut .Di singgahsana sambil menunggu permaisuri menghabiskan titahnya,dayang Amirna akan tersengih sendirian .Mungkin mahu menunjukkan lesung pipitnya yang tersangat dalam itu .

   Menjaga pintu masuk laluan mahligai ini ialah hulubalang Radzi yang sentiasa tersengih-sengih seperti kerang busuk,senyum itu sedekah katanya ( banyak betul pahala yang hang dapat ).Besebelahan dengan hulubalang Radzi ialah dayang Keshini yang sentiasa bercita-cita menjadi pelakon terkenal untuk menggantikan heroin bollywood iaitu Khajol .Diterbangkan pula dengan hulubalang-hulubalang yang belot terhadap kerajaan ( kerana selalu buat masalah dalam kelas )iaitu Wai Yung,Chee Wai,Wai Hong,Suguthan dan Rafiuddin .( bila lagi na insaf ? ) 

   Diperkenalkan lagi dengan hulubalang kesayangan yang sering membuat mahligai ini ceria dengan celoteh-celoteh mereka iaitu Fahim dan Aiman yang ala-ala kembar gitu serta Hazim yang menjadi pujaan dayang-dayang di dalam mahligai ini kerana gayanya ala lelaki idaman Malaya .Menurut tilikan Ahli Nujum Sakil yang sentiasa tidak dapat dikesan keberadaannya,akan lahir seorang puteri yang bernama Meera daripada pasangan Pavitra dengan suaminya ( budak kelas sebelah ) yang akan dibenci oleh penghuni mahligai ini kerana kepandaiannya .( bagi ilmu ckit )

   Bertandang pula ke tempat bersemayam dayang yang paling tinggi ala model di mahligai ini ( pengganti Amber Chia )iaitu Suba dan juga dayang yang memiliki mulut yang manis (cikgu rohaida cakap )iaitu dayang Pooganeswary serta dayang yang kurang hormon perasaan iaitu dayang Lilian.Dayang-dayang ini merupakan dayang harapan mahligai ini dan mempunyai cita-cita yang tinggi sehingga mencecah langit nan biru . (ala...naik flight j ,air asia dah murah ).Di mahligai ini terdapat penghibur aka penyanyi yang boleh menggantikan raja pop Jamal Abdillah dengan suara ' merdunya '.Maka hulubalang Amer akan mendodoikan bidadara dan bidadari yang hendak beradu .

   Dayang Yen Teng mempunyai wajah yang cantik dan tenungan yang tajam sehingga berjaya membuatkan bidadara yang lain terpegun melihatnya .Menurut dukun terkenal serta buah hati kepada Jonathan ini iaitu Xiao Wei,sesiapa yang terkena tenungan dayang Yen Teng tadi akan terasa jantungnya seolah-olah berdentum .Tapi dayang ini sudahpun dimiliki .

   Maka tamatlah sudah Hikayat 1001 macam Sains Akaun ini .Penghuni mahligai ini mempunyai satu impian iaitu berjaya di dalam SPM .Akhir kalam,ampun dan maaf dipohoni andai kata terdapat perkara yang menyinggung atau menyepak perasaan bidadara dan bidadari mahligai ini.Anggaplah ini sebagai hiburan semata-mata sebelum kita meninggalkan mahligai yang serba indah ini .
                                                                                                               
                                                                                                          Hasil nukilan : ketua tingkatan
                                                                                                           copy je ...kant0i suda ..huhu..